Bencana Stadium Kanjuruhan
Bencana Stadium Kanjuruhan

Bencana Stadium Kanjuruhan

Bencana Stadium Kanjuruhan berlaku semasa perlawanan bola sepak di Stadium Kanjuruhan, di Malang, Jawa Timur, Indonesia pada 1 Oktober 2022.[1] Selepas perlawanan antara Arema FC dan Persebaya Surabaya, penyokong Arema yang kalah menceroboh padang dan merusuh, menyerang polis dan pemain Persebaya. Sebagai tindak balas, unit polis pencegah rusuhan menggunakan gas pemedih mata yang terperangkap di dalam stadium dan mencetuskan rempuhan apabila perusuh dan penyokong mula sesak nafas akibat gas tersebut. 132 orang terbunuh dalam kejadian itu, dengan ratusan lagi cedera, menjadikan ini sebagai antara insiden terburuk dalam sejarah bola sepak.[2]Bencana ini adalah yang kedua paling maut dalam sejarah persatuan bola sepak di seluruh dunia, selepas malapetaka Estadio Nacional 1964 di Peru yang mengorbankan 328 orang. Oleh itu, ia adalah yang paling berdarah di Asia, Indonesia, dan Hemisfera Timur.[3]Pada 6 Oktober 2022, Ketua Polis Indonesia Listyo Sigit Prabowo mengumumkan enam suspek: pengarah PT Liga Indonesia Baru, ketua pegawai keselamatan Arema, jawatankuasa penganjur perlawanan Arema kerana kecuaian dan tiga pegawai polis kerana menggunakan gas pemedih mata.[4][5]

Rujukan

WikiPedia: Bencana Stadium Kanjuruhan http://tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagen... https://www.astroawani.com/berita-dunia/rusuhan-st... https://www.astroawani.com/berita-dunia/rusuhan-st... https://www.astroawani.com/berita-dunia/rusuhan-st... https://www.astroawani.com/berita-dunia/tragedi-st... https://www.beritasatu.com/bola/983947/sepak-bola-... https://www.beritasatu.com/news/984101/ahmad-sahro... https://www.bolasport.com/read/313495482/arema-fc-... https://www.bolasport.com/read/313505708/memilukan... https://www.cnnindonesia.com/internasional/2022100...